PASUKAN Kuching FA membuat persediaan dari segi mental dan strategi perlawanan untuk perlawanan play-off menentang Sarawak FA pada Sabtu ini di Stadium Sarawak.

Pemain Utama Kuching FA, Joseph Kalang Tie berkata, persediaan mereka seperti biasa iaitu fokus kepada persediaan mental dan taktikal permainan dalam aksi perlawanan play-off nanti.

“Kita akan berusaha mendapatkan kemenangan tetapi saya tidak menjaminkan seratus peratus dapat menguasai permainan.

“Tambahan pula, Sarawak FA adalah pasukan yang berpengalaman dalam perlawanan liga seperti Liga Super, Liga Perdana dan Liga Premier jika diban-dingkan dengan pasukan kita yang masih baharu.

“Saya tidak dapat memberi banyak komen, apa yang penting sekarang kita fokus dengan permainan di masa akan datang dan setiap pasukan mempunyai kelebihan masing-masing,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Perlawanan play-off antara pasukan Kuching FA dan Sarawak FA akan berlangsung di Stadium Sarawak pada 23 November ini.

Untuk rekod Kuching FA adalah naib juara dalam Liga M3 manakala Sarawak FA mendapat tempat ke-11 dalam Liga Premier Malaysia.

Sebanyak 12,000 tiket disediakan untuk tuan rumah, Kuching FA pada perlawanan tersebut. Tiket yang dijual berharga RM10 untuk grandstand, RM5 (terbuka) dan kanakkanak adalah percuma.