MIRI: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan menyingkirkan mana-mana pemimpin dan wakil rakyat parti itu yang lupa daratan.

Katanya setiap pemimpin dan wakil rakyat PKR harus mendukung agenda perjuangan parti, iaitu memastikan hak dan keadilan rakyat terbela.

“Jangan bila jadi YB, ada pangkat, jadi menteri, gaya jalan pun lain…apabila gaji sudah tinggi, sepatutnya bantu cabang dan ranting, itu peranan kita.

“Kalau mana-mana pemimpin atau wakil rakyat yang lupa daratan, kita sepak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Keadilan Sarawak di Hotel Pullman di sini, hari ini.