KUCHING: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Jamilah Hashim menafikan sebarang kematian akibat jangkitan virus H1N1 seperti yang tular di status aplikasi whatapps individu dikenali sebagai “Nancy Nursery”.

Ketika dihubungi oleh Suara Sarawak lewat malam semalam, Jamilah memberitahu, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh Ketua Jururawat Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) seperti yang ditularkan.

“Saya sudah minta Ketua Penyelia Jururawat Negeri menyiasat perkara ini.

“Tiada sebarang kenyataan dibuat oleh Ketua Jururawat ETD Hospital Umum Sarawak (HUS) serta tiada kematian dilaporkan,” katanya.