KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan majlis pecah tanah untuk pembinaan Jambatan Batang Rambungan di sini, hari ini.

Jambatan yang pada mulanya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan BN bertukar tangan kepada Kerajaan Sarawak selepas PH membatalkan pembinaannya.

Menurut Ketua Kampung Sempandi Ulu, TR Entabang Endawan, 60, kewujudan jambatan terbabit membuatkan penduduk di sekitarnya tidak lagi bergantung kepada perkhidmatan feri.

“Kami sangat bersyukur dengan pembinaan jambatan ini yang direalisasikan oleh Kerajaan Negeri.

“Ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan untuk para petani memasarkan hasil tanaman masing-masing ke bandar raya Kuching,” katanya kepada Suara Sarawak sebentar tadi.