BINTULU: Seorang lelaki tempatan maut terkena tembakan abang iparnya sendiri ketika memburu di kawasan hutan Sungai Jelai, Tatau, kira-kira jam 10.30 malam, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Dennis Bunyam berkata mangsa dikenali Ricky Limbing, 30, maut akibat terkena tembakan peluru jenis penabur pada bahagian dada, perut dan kedua-dua belah lengan dan paha.

Saspek, katanya, dipercayai melepaskan satu das tembakan kerana menyangka adik iparnya seekor musang menyebabkan mangsa cedera parah.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa keluar memburu bersama seorang abang iparnya dengan menaiki perahu sebelum berpecah arah.