KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC Sarawak) mengadakan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-47 di Riverside Majestic Hotel, malam ini.

Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri-Menteri Kabinet Sarawak.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah, Pengurus Besar SEDC, Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir, Timbalan Pengurus Besar Sektor Khidmat Korporat dan Pengarah Bahagian Kewangan Korporat, Rakayah Hamdan dan Timbalan Pengurus Besar, Sektor Komersil Pengarah, Bahagian Pelancongan dan Hospitaliti dan Pengarah, Bahagian Perhubungan Korporat dan Komunikasi, Edwin Abit serta ahli lembaga SEDC.

SEDC Sarawak dan anak syarikatnya mendapat pujian kerana budaya organisasi yang positif dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan dan pemegang taruh.

Kakitangannya telah menunjukkan sikap positif dan etika kerja yang menyumbang kepada kejayaan penting pada masa lalu.

Pada peringkat korporat, SEDC Sarawak telah merekodkan pendapatan kumpulan yang sihat dengan sumber yang diperoleh daripada dividen, keuntungan modal serta pendapatan yang dijana daripada sewa dan faedah.