MUKAH: Seorang lelaki berusia 52 tahun maut ditempat kejadian setelah kenderaan jenis Perodua Kancil yang dipandunya hilang kawalan, memasuki laluan bertentangan lalu memasuki kawasan parit berhadapan kawasan Restoran MK99 sekitar jam 5.50 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata mangsa dikenali Jackry Samat, tidak mengalami apa-apa kecederaan dan berkemungkinan mengalami serangan jantung.

“Namun keputusan penuh akan diketahui selepas bedah siasat akan dilakukan ke atas mangsa, selepas mangsa dibawa ke Hospital Daerah Mukah.

“Semasa kejadian mangsa memandu dari arah Hospital Mukah menuju ke Bandar Mukah dipercayai telah hilang kawalan dan memasuki ke kawasan parit berdekatan,”katanya kepada Suara Sarawak.