BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu merampas sebuah bot nelayan asing dengan muatan kira- kira 100,000 liter minyak diesel bernilai RM300,000 di perairan Bintulu kira- kira 11.0 batu nautika dari Tanjung Kidurong, semalam.

Dalam rondaan jam 9.30 pagi Isnin, agensi berkenaan turut menahan tiga warganegara India.

Pengarah Zon Maritim Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah dalam kenyataannya berkata Semasa ditahan, katanya, terdapat minyak dipercayai diesel berjumlah lebih kurang seratus ribu 100,000 liter yang dianggarkan bernilai RM300,000 di dalam kapal tangki tersebut.

Kapal tangki terbabit disyaki telah melakukan kesalahan membawa muatan minyak diesel tanpa kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan(KPDNKK) dan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, katanya.

Tambah beliau lagi, bot nelayan asing terbabit turut disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 untuk siasatan lanjut.

Shahref, dalam pada itu, mengalu-alukan komuniti maritim terutamanya di sekitar Bintulu untuk sentiasa berhubung dan menyalurkan maklumat terhadap sebarang salah laku dan perlakuan jenayah di laut kepada pihak APMM Bintulu di talian ‪086-314254‬.

Maklumat juga boleh disalurkan melalui laman facebook: Zon Maritim Bintulu & TWITTER : Zon Maritim_Bintulu@ZBintulu.