SIBU: Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan pada 23 Oktober lepas kira-kira jam 4.30 petang di Jalan Sungai Bidut.

Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah merompak wang tunai RM750 dan 10 karton rokok dan dibenarkan bebas ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan dua penjamin.

Mahkamah melalui Hakim Caroline Bee Majanil menetapkan 7 Januari tahun depan sebagai tarikh pengurusan kes.