KUCHING: Jabatan Kastam melumpuhkan sindiket penyeludupan beras import di negeri ini apabila merampas sebanyak 1,200 guni beras putih Thai di Sibu, semalam.

Pengarah Kastam Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata rampasan dengan
anggaran nilai dan duti rampasan berjumlah RM258,000 itu dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Kastam Sibu dalam serbuan ke satu lokasi di Jalan Ulu Lanang di mana terletaknya tiga kontena yang berisi penuh dengan beras berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas tiga unit kontena berukuran 20 kaki itu telah menjumpai sejumlah 1,200 guni beras putih Thai yang disyaki tidak lulus kastam.

“Tindakan mengesan pemilik kontena-kontena tersebut telah gagal kerana tiada siapa yang membuat pengakuan.

“Susulan itu ketiga-tiga kontena tersebut¬† telah dibawa ke stor penguatkuasaan Sibu untuk tindakan siasatan bagi mengesan¬† pemilik dagangan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.