KUCHING: Penganjuran Pesta Tasik Biru 2019 yang ke-60 tahun sebagai tarikan pelancong tempatan dan luar negara ke Daerah Bau.

Adun Tasik Biru, Dato Henry Harry Anak Jinep berkata, pihaknya menjangkakan pesta berprestij tersebut menarik 40,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung bermula Jumaat ini.

“Untuk menarik pelancong, apa yang penting bandar kita mesti bersih, makanan sedap serta masyarakat tempatan mesra pengunjung.

”Selain itu, Pesta Tasik Biru ini juga akan menarik pengunjung dalam dan luar negeri ke sarawak,” katanya.

Datuk Henry Harry hadir pada Majlis Raptai untuk Perasmian Pesta Tasik Biru dan  Pecah tanah Projek Jambatan Tasik Biru di pentas utama tempat penganjuran Pesta Tasik Biru 2019.

Pecah tanah Projek Jambatan Tasik Biru dan Perasmian Pesta Tasik Biru akan disempurnakan oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi pada esok.