291 penduduk di Batu Kawa, Stampin dan Sungai Apong boleh ambil sebahagian premium tanah sebelum 31 Disember ini

KUCHING: Seramai 291 penduduk di SPS Batu Kawa Fasa 1, 2 dan 3, SPS Stampin serta Sungai Apong yang pernah membayar premium tanah diminta untuk mengambil kembali sebahagian dari premium tanah berkenaan sebelum 31 Disember ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Sri Prof Sim Kui Hian berkata minimum mereka yang pernah membayar premium tanah tersebut berjumlah RM5,000 namun ada yang membayar lebih.

“Sebelum ini kami memberi tempoh sehingga 31 Oktober untuk mereka mengambil balik premium tanah yang pernah dibayar, tetapi oleh kerana masih ramai yang belum memohon maka kita lanjutkan tempoh sehingga 31 Disember tahun ini.

“Terdapat seramai 161 orang penduduk dari SPS Batu Kawa Fasa 1, 2 dan 3, 97 orang dari SPS Stampin dan 33 orang dari Sungai Apong belum tampil memohon balik premium tanah yang telah mereka bayar sebelum ini,” katanya ketika sidang media di Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Batu Kawa di sini, pagi tadi.

 

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak