SARIKEI:  Anak jati Pulau Bruit, Dr Raduan Serap menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Cabang PKR Tanjong Manis menerusi mesyuarat yang diadakan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Timbalan Setiausaha Agung, Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Ir. Dr. Irwan Ahmat Nor berkata, sesi pemilihan itu diteruskan berikutan keputusan mahkamah yang membenarkannya pada pada 28 November lalu.

Jawatan timbalan ketua cabang disandang Upom Uget, Corina King (ketua wanita) manakala Patricia Geling (Ketua Angkatan Muda Keadilan).

Irwan berkata, susulan pemilihan itu, Raduan dilantik menjadi Ketua Cabang Tanjung Manis.

“Kita berharap semua ahli yang diberikan amanah untuk menerajui pasukan Cabang Tanjung Manis ini memberikan berkhidmat sepenuhnya tanpa mengira bangsa dan masa,” katanya kepada media.

Justeru secara rasminya, PKR Cabang Tanjong Manis telah sah menjadi cabang PKR yang ke 222 di seluruh negara.

Secara keseluruhan, sesi pemilihan berjalan dengan lancar.