Bersihkan kawasan penagihan dadah

KUCHING: Tapak tanah kosong di belakang Kampung Haji Baki Blok C pernah menjadi sarang penjualan dadah, menghidu gam dan tempat penagihan dadah.

Kesan aktiviti tidak bermoral tersebut, penduduk kampung berkenaan diketuai Ketua Kampung Rosli Ahmad Darus mengambil inisiatif membersihkan kawasan tersebut.

Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, pada setiap Ahad penduduk kampung berkenaan akan memotong kayu dan membersihkan kawasan tersebut. “Mereka bergotong-royong membersihkan kawasan ini untuk menghapuskan aktiviti jenayah penjualan dadah, menghidu gam dan penagihan dadah.

“Selain membersihkan kawasan ini, mereka juga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk setempat kerana Ketua Kampung akan membawa mereka makan bersama-sama selepas itu,” katanya.

Khere Chiang berkata demikian ketika kepada semasa melawat Program Gotong-Royong Hijau 0.1 Kampung Haji Baki Blok C di sini, semalam.

Menurutnya, aktiviti membersihkan kawasan kampung harus diteruskan kerana dapat mengubah hubungan antara komuniti ke arah yang lebih baik.

Beliau berharap penduduk kampung lain juga mengadakan aktiviti serupa yang memberi kesan positif kepada komuniti. Kampung Haji Baki Blok C didiami 1,328 penduduk.

Tanah kosong milik kerajaan seluas sekitar satu setengah hektar itu dicadang digunakan untuk menanam sayur-sayuran sebelum dibangun


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak