BINTULU: Seramai enam peserta qari dan qariah memperdengarkan bacaan masing-masing pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Bintulu yang berlangsung selama dua malam berturut-turut yang telahpun bermula malam semalam di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Plan Lot, di sini.
Malam pertama pertandingan, menyaksikan masing- masing empat peserta qari dan qariah memperdengarkan bacaan mereka.
Pegawai Agama di Jabatan Agama Islam Bahagian Bintulu,Ustaz Azahar Hipni, Temenggong Haji Rosli Kamaruddin, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Bintulu, Mohammad Zunica Haji Mohamad Sapi’ee dan Penghulu Haji Drahman Sisit antara yang hadir.
Majlis bertemakan ‘Ummah Gemilang’ yang dianjurkan saban tahun ini menjadi antara program rasmi kerajaan negeri untuk merealisaikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri Sarawak dalam memperkasakan kesatuan,perpaduan dan kemajuan ummah khususnya di kalangan umat Islam di negeri ini.
Menteri di Jabatan Ketua Menteri(Integriti dan Ombudsman) Datuk Haji Talib Zulpilip dijangka menyempurnakan majlis penangguhan dan penyampaian hadiah kepada pemenang,malam ini.
Johan qari dan qariah akan mewakili Bintulu ke peringkat Negeri yang dijadualkan dalam masa terdekat.