KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki dari Kampung Mambong, Jalan Penrissen meninggal dunia akibat rabies.
Ekoran daripada kes berkenaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan satu kematian rabies encephalitis dalam kenyataan media bertarikh 8 November 2019.
Kanak-kanak berusia lima tahun tersebut meninggal dunia semasa berada dalam rawatan rapi di Hospital Umum Sarawak (Hus) pada 2 November lalu.