LINGGA: Dua projek bernilai RM10 juta yang dibangunkan oleh Pelita dekat Pekan Lingga bakal memberi manfaat besar kepada warganya.

Ia melibatkan Projek Pembangunan Tebingan Sungai dan Pusat Perkhidmatan Lingga yang masing-masing bernilai RM5 juta.

Majlis pecah tanah projek berkenaan bakal disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pagi ini.

Projek Pembangunan Tebingan Sungai merupakan Projek Rakyat dengan komponen utamanya kolam interaktif Terubok dijangka siap Februari 2021.

Mankala Pusat Perkhidmatan Lingga di bawah Projek Transformasi Luar Bandar dijangka siap Ogos thun hadapan. Ia bakal menempatkan pasar basah dan medan selera.

Dijangka hadir sama Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-undang Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Hasidah terdahulu menyampaikan taklimat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Ordinan Perlombongan Minyak.

Turut diselitkan pada program ini ialah pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dun Lingga.