BINTULU: Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan dalam kemalangan di Jalan Sungai Nyigu, malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataannya berkata, mangsa warganegara Indonesia tanpa identiti pengenalan diri yang sah itu, maut serta merta di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah di bahagian kepala.

Manakala, pembonceng wanita yang motosikal dikenali sebagai Kariati, 39, juga warga Indonesia hanya mengalami kecederaan ringan,katanya.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, dijalankan kemalangan dipercayai berpunca dari arah Sungai Nyigu menuju ke pusat bandar sebelum bertembung dengan motosikal terbabit yang hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta berkenaan.

Difahamkan pemandu kereta terbabit yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Rumah Mayat Hospital Bintulu untuk tindakan susulan, sementara rakan pemboncengnya turut dirujuk ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

Kes disiasat di bawah Sekyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.