MUKAH: Anugerah Paling Mantul iaitu Mantap dan Betul untuk Malam Kemuncak #PMUGEMILANG yang julung kali diadakan oleh Politeknik Mukah di Hotel Kinwood tersebut telah dinobatkan kepada Abdul Razif Ahmad selaku Raja manakala Ratu untuk malam tersebut ialah Kessy Enting.

Anugerah telah disampaikan oleh Pengarah Politeknik Mukah, Dullah Muluk dan isteri Masniah Abidin.

Turut disampaikan juga pelbagai anugerah kepada staff PMU sebagai tanda peniktirafan kepada mereka sepanjang bersama PMU untuk tahun 2019, antaranya ialah Anugerah Akademik dan Anugerah Undian.

Menurut Pengarah Politeknik Mukah Dullah Muluk, majlis yang julung kali diadakan tersebut merupakan satu tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan Politeknik Mukah (PMU) atas sumbangan tenaga dan idea serta perkhimatan kepada PMU sepanjang tahun 2019.

Jelasnya menerusi majlis tersebut ia dapat memberi semangat kepada semua kakitangan PMU agar terus bersemangat dan bekerja lebih gigih serta komited untuk tahun yang mendatang.

“Sepanjang 2019 pelbagai pencapaian telah diukir oleh PMU, antaranya penganjuran Program Startup PITVH Boot Camp, Karnival Kerjaya 2019, Program Technology and Innovation International Conference (TECHON), berjaya melepasi audit pensijilan semula MS ISO 9001:2015, dan Anugerah Finalis sempena Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak untuk Kategori Agensi Utama Negeri dan Anugerah High Performance Team,” katanya dalam majlis berkenaan.

Dalam majlis tersebut selaku rakan agensi kolaborasi PMU, Bank Rakyat yang diwakili oleh Pengurus Cawangan Bank Rakyat Mukah Yuhip Rabaie telah menyampaikan sumbangan Asnaf berjumlah RM10,000 kepada PMU.

Hadir sama ialah rakan agensi kolaborasi PMU antaranya dari Bintulu Port Holding, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Jabatan Bekalan Air Mukah, Pejabat Residen Mukah, Bank Rakyat Mukah, UiTM Mukah, Majlis Dearah Dalat dan Mukah, Pejabat Pendidikan Daerah Mukah, dan sebagainya.

Turut hadir Timbalan Pengarah Akademik PMU, Md Sani Said, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Iskandar Reduan, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, pensyarah-pensyarah,dan staf-staf PMU.