KUCHING: Lebih 500 pakar dan ketua dalam sektor tenaga berkumpul julung kalinya di Sarawak untuk menghadiri Forum Tenaga Boleh dan Kelestarian (Saref) di BCCK hari ini.

Forum ini dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Turut menghadiri forum ini ialah Duta Muhibbah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Michelle Yeoh.

Forum ini turut disertai delegasi dari luar negara seperti Kanada, Jepun, Singapura, Australia dan lain-lain.