KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) komited untuk terus mengeksport bekalan elektrik, ke arah masa depan
tenaga yang mampan.

Justeru, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Datuk Ir. Alice Jawan Empaling berkata, syarikat akan berusaha membina lebih banyak perkongsian rentas sempadan berhubung perkara itu.

“Faktor yang paling penting adalah kepercayaan, penghormatan bersama dan hubungan yang erat.

“Nilai-nilai tertentu ini akan membawa perpaduan dan perkembangan matang ke arah masa depan tenaga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Forum Tenaga Boleh Diperbaharui dan Bersepadu
(Saref) anjuran SEB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Menurut Alice, SEB kini mengeksport elektrik ke Kali mantan Barat sekali gus merekodkan kejayaan syarikat dalam mengeksport tenaga.

Sementara itu, beliau berharap Saref dapat memberi wawasan baharu kepada pengurusan tenaga boleh diper-
baharui.

Katanya ini secara tidak langsung mempromosi kemampanan dan pertumbuhan ekonomi di peringkat Asean
dan global dalam mencapai fleksibiliti tenaga hidro.

“Kita juga belajar bagaimana membangun dan berkongsi tenaga boleh diperbaharui melalui saling hubungan denganmengurangkan pelepasan karbon dan pertumbuhan katalis,” katanya.