15 maut, pesawat terhempas di tengah kota

ALMATY: Sekurang-kurangnya 15 maut apabila pesawat membawa 93 penumpang dan lima kru terhempas di Tengah kota Almaty Kazakhstan awal pagi tadi waktu tempatan.

Pesawat jenis Fokker 100 dilaporkan menuju ke bandar Nur-Sultan telah hilang kawalan sebelum merempuh sebuah bangunan dua tingkat.

Jawatankuasa Penerbangan Awam Kazakhstan yang mengesahkan kejadian itu berkata, pesawat itu terbang condong.

Manakala mangsa terselamat mengakui seperti dalam drama televisyen penumpang meraung-raung, menjerit, menangis dan meminta tolong sebelum ia terhempas.

Kementerian Dalam Negeri Kazakhstan mengeluarkan kenyataan hari ini dan sedang menyiasat punca kejadian yang berkemungkinan berlaku pelanggaran peraturan keselamatan.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak