KUCHING: Sebuah kereta tenggelam ketika cuba meredah jalan di Pan Borneo Sungai Tenggang yang sedang dilimpahi air pagi tadi.

Namun menerusi gambar yang dikongsikan di Facebook, orang ramai telah membantu menolak kereta itu ke atas jalan raya.

Bagaimanapun, tidak dipastikan bilangan orang di dalam kereta tersebut.

Sementara, jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata kejadian dipercayai berpunca dari pembetung yang tersumbat menyebabkan air Sungai Tenggang melimpah keluar.

Bagaimanapun, beliau berkata pemantauan di lokasi pada jam 11 pagi tadi mendapati jalan berkenaan sudah boleh dilalui.

“Air mula surut namun hujan masih lebat setakat ini,” katanya kepada pemberita.