SIBU: Mayat tanpa identiti, bertatu bunga di sebelah bahu kiri dan kanan serta tertulis nama Leka 5 di lengan bahagian kiri ditemui terapung di Sungai Baleh Nanga Kemali, Kapit pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu sekitar jam 7.15 pagi.

Katanya, beberapa polis dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan pada badan mayat tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mayat tersebut tidak berbaju dan memakai seluar panjang warna hitam,” katanya dihubungi sebentar tadi.