SERIAN: Setakat jam 11 pagi, sekitar seribu orang berkumpul untuk menyaksikan fenomena gerhana cincin di Dataran Piazza, di sini.

Keadaan cuaca yang panas tidak menghalang orang ramai berkunjung bersama-sama keluarga dan sahabat untuk melihat keajaiban alam.

Fenomena gerhana matahari Anulus (cincin) hanya akan berlaku dalam tempoh 21 tahun dan dijangka akan berlaku lagi pada 2042.

Gerhana matahari separa dijangka akan berlaku pada jam 11.49 pagi di sini.

Manakala gerhana matahari Anulus dijangka akan berlaku pada jam 1.21 petang.

Orang ramai dinasihatkan tidak melihat gerhana matahari secara langsung tanpa menggunakan filter bagi melindungi mata.

keadaan orang ramai berkumpul di Dataran Piazza, Serian