KUCHING: Seorang lelaki direman tujuh hari setelah dipercayai terlibat kes liwat terhadap penghuni berusia 26 tahun di pusat pemulihan akhlak itu.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata, suspek ditahan berikutan laporan dibuat oleh mangsa di balai polis Kota Sentosa pada jam 3.20 petang pada Khamis.

“Laporan mengatakan pengadu diserang jam 9 malam pada Rabu lalu. Suspek dipercayai telah enam kali melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap pengadu di asrama berkenaan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.