64 tinggal sehelai sepinggang

SRI AMAN: Seramai 64 penghuni Rh. Daniel Guntong Ulu dekat Batu Lintang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang mereka musnah dalam insiden kebakaran pada lewat petang, sebentar tadi.

Ketua JBPM Zon Tiga Sri Aman PgB Nik Muhammad Afiq Nik Roslan memberitahu, kebakaran memusnahkan 80 peratus keseluruhan rumah panjang jenis kayu satu tingkat yang memiliki 17 pintu.

Katanya, bomba Sri Aman dimaklumkan mangenai kejadian berkenaan kira-kira 5:30 petang.

“Sejurus itu, saya bersama seorang lagi pegawai kanan dan sembilan anggota terus bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, api sedang marak dan operasi memadam terus dijalankan. Api terkawal sekitar 6:50 petang dan kebakaran sudah memusnahkan 80 peratus keseluruhan rumah panjang tersebut,” katanya dihubungi, sebentar tadi.

Suara Sarawak