Ashri terajui Sarawak United

BEKAS pemain Sarawak, Ashri Chuchu yang kini berusia 28 tahun akan menyarung jersi skuad Sarawak United bagi menghadapi kempen Liga Premier 2020.

Ashri merupakan antara bekas pemain Sarawak yang menimba pengalaman di Semenanjung Malaysia dipanggil semula untuk kembali.

Bekas pemain Kuala Lumpur yang beraksi dalam Liga Super sejak beberapa musim itu bakal menjadi aset penting Sarawak United.

Pengalaman beraksi sebagai pemain utama dalam Liga Super memberikan pengalaman berharga buat anak jati Kampung Luangan, Sundar, Lawas itu.

Ashri merupakan antara pemain skuad Sarawak 2013/2014 bersama-sama pemain handal lain seperti Joseph Kallang Tie, Shahrol Saperi, Zamri Morshidi, Dzulazlan Ibrahim, Muamir Salibasic, Junior Eastdel, Ronny Harun, Akmal Rizal Rakhli.

“Sudah pasti pemain seperti Ashri amat diperlukan dalam pembentukan semula pasukan Sarawak,” kata sumber.

“Saya yakin dengan adanya pemain seperti Ashri bersamasama pemain handal lain dari Semenanjung akan memberikan kekuatan baharu,” ujarnya.

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dijangka menyerapkan beberapa pemain musim lalu, di samping menyerapkan
beberapa pemain dari Selangor United.

Pada masa yang sama, FAS akan mengambil import asing baharu bagi menambah kekuatan.

Sementara itu, beberapa pemain musim lalu yang tidak menyertai Sarawak United akan menyertai pasukan Sarawak

FA yang beraksi dalam Liga M3 2020. Skuad Sarawak FA dijangka dibarisi himpunan sebahagian besar pemain junior bersama-sama beberapa pemain senior.

Suara Sarawak