KSM Kancit FT juara

PASUKAN KSM Kancit FT dari Mukah muncul juara kategori lelaki Kejohanan Futsal Terbuka Piala
Sarawak The New Generation (STNG) Edisi Keempat di Stadium Tertutup Kementerian Belia Dan
Sukan Sarawak Bahagian Mukah semalam.

Dengan kejayaan itu, KSM Kancit FT membawa pulang habuan RM5,000. Manakala pasukan AMK Infernity dari Wilayah Persekutuan Labuan muncul juara kategori wanita. AMK Infernity meraih RM1,000.

Dalam aksi final pasukan KSM Mancit FT mengalahkan skuad NZF CO 2-0 hasil jaringan Mohammad Nurwanshah.

Manakala AMK Infernity mengatasi Lollipop dari Bahagian Miri 1-0 dalam aksi final.

Dengan itu, NSF CO membawa pulang RM2,000, manakala Lollilop meraih RM500.

JUARA WANITA…AMK Infernity

Tempat ketiga kategori lelaki pula diraih oleh pasukan AE FC dari Kuching (RM1,000), manakala tempat ketiga kategori wanita pula ialah FT 10 United (RM250).

Anugerah pemain terbaik dimenangi oleh Mohammad Nurmansyah, pemain pasukan KSM Mancit FT, manakala Nur Syamimi Ibrahim (Lollipop FT) muncul sebagai pemain wanita terbaik.

Sementara itu, pasukan terbaik lelaki dimenangi skuad Nafas SSC, manakala AMK Infernity muncul sebagai pasukan terbaik wanita. Penjaga gol terbaik milik Suhardi Sahdan (lelaki), pemain pasukan NZF CO dan Nur Ezza
Izzatul Zainal (wanita) daripada pasukan Lallipop.

Manakala pengurus pasukan lelaki terbaik dimenangi oleh Reynold James (RST), manakala Rosnani Rosmin (AMK Infernity) pula pengurus pasukan wanita terbaik. Anugerah jurulatih pasukan lelaki terbaik pula ialah Mohammad
Nazrul daripada pasukan NZF CO dan Rosnani Rosmin terbaik wanita. Manakala penjaga gol terbaik imenangi oleh Suhardi Sahdan (lelaki) daripada pasukan NZF CO dan Nur Ezza Izzatul Zainal dari pasukan wanita Lallipop .

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Mathew Darimi (Pengerusi Pengelola selaku pengurus STNG) dan Sylvester Gabriel (Pengurus OneBall Futsal Team).

Kejohanan tiga hari itu disertai 22 buah pasukan lelaki dan 10 buah pasukan wanita dari seluruh
Sarawak.

Menurut Pengurus STNG selaku pengerusi pengelola, Mathew Darimi, kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan berterusan terutama para remaja.

“Ia menjadi pentas pemain muda kita untuk menunjukkan bakat masing-masing. Mereka berpeluang untuk menyertai Futsal Liga Kebangsaan tahun depan,” jelasnya.

KEDUA LELAKI…NZF CO

 

KEDUA WANITA…Lollipop

 

KEDUA LELAKI…NZF CO
Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak