Kunjungan eratkan perdagangan

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ignatius Darrel Leiking di Wisma MITI di sini, semalam.

Dalam perjumpaan itu, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (Mintred) mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak yang turut disertai timbalannya Datuk Mohd Naroden Majais.

Antara matlamat pertemuan itu adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala perdagangan dan pelaburan. Ia juga termasuk mempercepatkan proses permohonan lesen pembuatan di Sarawak.

Turut serta ialah Setiausaha Tetap Mintred Datuk Liaw Soon Eng, Ketua Setiausaha MITI Datuk Lokman Hakim Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Recoda, Datuk Ismawi Ismuni.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak