Lelaki melecur, rumah terbakar pagi tadi

KUCHING: Seorang lelaki melecur di bahagian belakang selepas rumahnya terbakar di Lorong 37, Stutong Baru di sini, awal pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dengan kekuatan lapan anggota yang diketuai PBK II Anuar Mentali bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggila kecemasan pada jam 4.07 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, kita mendapati sebuah rumah satu tingkat tidak kekal terbakar sepenuhnya.

“Terdapat seorang mangsa lelaki melecur di bahagian belakang dan dikejarkan ke hospital,” kata Anuar kepada Suara Sarawak sebentar tadi.

Suara Sarawak