Manfaat musim perayaan erat perpaduan

SARIKEI:   Rakyat Sarawak harus  mempertahankan perpaduan dan mengelak terlibat dengan sebarang unsur yang boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan mereka.

ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, Sarawak  kekal unik melaluisemangat kerjasama dan konsep toleransi yang wujud dalam kalangan penduduknya.

Malah katanya, keunikan itu terserlah ketika sambutan perayaan apabila diraikan dalamsuasana harmoni dan muhibbah.

“Oleh kerana itu, manfaatkanlahsambutan Krismas dan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi  sebagai platformuntuk merapatkan lagi hubungan sedia ada.

Pertahankannya kerana perpaduanadalah faktor kekuatan kepada kestabilan politik dan pembangunan negeri kita.

“Sambutan perayaan memberi memberi peluang kepada kita untuk lebih memahami danhormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan jawatankuasa dan ahli parti PBB Repok agar terusbersatu dan bergerak dalam satu pasukan. Mereka juga perlu menjaga imej baik parti supaya GPS terus dekatdi hati rakyat.”

Beliau menegaskan, PBB Repok berperanan penting sebagai pemangkin meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam khasnya bidang politik, ekonomi dan sosial.

“Saya percaya parti ini terus kukuh walaupun menghadapi banyak cabaran.

“Malah,saya juga sedar ia bukan tugas mudah untuk mengekalkan sebuah parti seperti PBBN.45 Repok melainkan dengan komitmen dan kesungguhan.

“Pada kesempatan ini, saya amat bersyukur dan ingin berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak, khususnya Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di atasbeberapa projek berimpak tinggi yang diluluskan untuk kita di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan pelaksanaan projek Tranformasi Luar Bandar (RTP)  untuk rakyat di kawasanRepok di sini akan terus dipantau  rapat supaya dapat disiapkan mengikut jadual.

Menurutnya, setiap projek terbabit memberi manfaat besar kepada rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Saya sendiri melakukan pemantauan ke atas  beberapa projek di Repok antaranya jalan raya, sistem peparitan  dan   gelanggangberbumbung untuk Persatuan Bola Keranjang di Jalan Meranti yang bernilaiRM500,000. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan pelaksanaan keseluruhanprojek ini,” katanya.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak