Mat Yo sertai Kuching FA musim depan?

KUCHING: Perjumpaan Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman dengan bekas penyerang kebangsaan Shahrul Idlam Talaha  hari semalam mencetuskan pelbagai spekulasi.

Ada yang membuat spekulasi bahawa Mat Yo — begitu beliau lebih dikenali — akan menyertai Kuching FA untuk memperkuat barisan serangan pasukan berkenaan pada saingan liga perdana musim depan.

Setelah dua musim bersama-sama Pahang, bekas pemain paling bernilai di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan itu dikhabarkan semakin hampir digugurkan skuad itu musim hadapan.

Berita Harian hari ini melaporkan, Mat Yo yang menyertai Pahang pada 2018 dari Felda United dijangka tidak akan disambung kontrak menjelang saingan musim 2020.

Menurut sumber yang dipetik laporan itu Mat Yo serta beberapa lagi pemain utama tidak akan ditawarkan kontrak baharu kerana pengurusan pasukan mahu membuat perubahan selepas gagal memenangi sebarang kejuaraan musim lalu.

Suara Sarawak