Penduduk Daro temui mayat terapung

DARO: Penduduk Kampung Tebaang Daro dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang terapung di sungai kampung itu, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, memberitahu, mayat tanpa identiti itu ditemui kira-kira jam 2.40 petang sebelum memaklumkanya kepada pihak berwajib.

“Mayat dijumpai di dalam air berhadapan tongkang pasir di Kampung Tebaang, Daro. Kita akan melakukan pengecaman bagi mengenal pasti identiti sebenar mayat,” katanya dihubungi sebentar tadi.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak