Petros urus perniagaan gas domestik

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (Petros) diamanahkan untuk mengurus perniagaan gas domestik di negeri ini yang kini berada di bawah Petronas.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dalam mengawal selia sumber minyak dan gas berdasarkan kuasa di bawah Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958), Petros ditubuhkan.

“Petros ditubuhkan untuk menjadi saluran utama memajukan penyertaan negeri seterusnya dalam huluan serta aktiviti huluan industri minyak dan gas di Sarawak.

“Beberapa tahun akan datang menyaksikan lebih banyak penglibatan Petros memandangkan pelaburan dijangka meningkat dalam industri minyak dan gas serta petrokimia di negeri ini,” katanya dalam perutusan Hari Krismas hari ini dan Tahun Baharu 2020.

Suara Sarawak