Project Park FC juara

SEPERTI yang diramal, pasukan pilihan, Project Park FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak Liga Bintulu
Lea Sports Centre (LSC) 2019 setelah membenam skuad BPJ FC dengan jaringan 2-1 dalam aksi final di Stadium
Mini Bintulu, petang semalam.

Dengan kemenangan itu, maka Project Park FC membawa pulang habuan RM5,000 serta Piala Pusingan Datuk Talib Zulpilip. Mereka turut meraih baucar barangan sukan tajaan LSC, serta piala iringan dan pingat.

Manakala skuad BPJ FC membawa pulang RM3,000, piala, pingat dan baucar barangan sukan tajaan
LSC.

Sementara tempat ketiga bersama menjadi milik pasukan Press Metal FC dan Empurau FC. Mereka masing-masing menerima wang tunai RM1,500, piala, pingat dan baucar barangan sukan tajaan LSC.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Adun Jepak, Datuk Talib Zulpilip yang diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais.

Hadir sama ialah Naib Presiden FAS, Phillip Jabu, Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu ( BIFA), Mohamad
Zaifulfadillah Junaidi, Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kapit, Nicol Agoi.

Kejohanan yang disertai 14 buah pasukan di sekitar Bahagian Bintulu itu telah pun bermula sejak 5 Oktober
lalu.

Pemain terbaik project park

Suara Sarawak