Sebuah motosikal dan tiga kereta terlibat kemalangan di Jalan Puncak Borneo

KUCHING: Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya di Batu 13, Jalan Puncak Borneo.

KPD Padawan, Superitendan Aidil Bolhasan berkata, kemalangan jalan raya petang tadi melibatkan sebuah motosikal dan tiga buah kereta.

Aidil berkata, penunggang motosikal itu telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Jelas Aidil, kes ini masih lagi dalam siasatan.

Suara Sarawak