Sepuluh pelatih OKU Bintulu diraikan dalam majlis

BINTULU: Seramai sepuluh pelatih Orang Kurang Upaya(OKU) diraikan dalam Konvokesyen Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PPDK) Gemilang Bintulu 2019, semalam.

Konvensyen julung kali diadakan itu antara lain bertujuan meraikan pelatih OKU telah tamat mengikuti program pemulihan di pusat berkenaan.

Kesemua sepuluh pelatih terbabit akan melanjutkan program pendidikan di sekolah2 pendidikan khas yang telah menerima kemasukan mereka pada tahun depan.

Pengerusi PPDK OKU Gemilang, Ismawi Bujang dalam ucapan ringkasnya menekan kesamarataan peluang menikmati kemudahan program pendidikan di Malaysia bagi pelatih OKU.

Sebaliknya, beliau berkata sokongan dari pelbagai pihak perlu dalam membantu menghadirkan mereka di sekolah atau institusi pendidikan khas terutama ibubapa dalam kelestarian penerimaan pendidikan serta pembangunan anak- anak istimewa.

Pada majlis konvensyen terabyte, turut diadakan juga penyampaian anugerah cemerlang kepada empat atlet PDDK Gemilang Bintulu yang meraih kejayaan dalam Karnival Orang Kurang Upaya Sarawak (KOKUS) di Kuching, baru-baru ini.

Wakil Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu, Athabarani Osman, pengerusi penyelaras program Mohamad Zephyan Nasution Haji Junaidi hadir sama.

TAHNIAH…Athabarani menyampaikan sijil tamat latihan kepada salah seorang pelatih OKU PDDK Gemilang Bintulu.
 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak