Telur berdiri semasa gerhana?

Orang ramai teruja melihat telur ayam berdiri ketika fenomena gerhana matahari.

Terdapat penjelasan daripada pegawai tertentu bahawa telur berdiri ekoran kesan kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti.

Dikatakan, putih telur tertarik ke bahagian atas telur, manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sehingga mewujudkan keseimbangan pada telur.

Dikatakan terdapat garis medan gravitasi antara matahari dengan bumi yang mampu mempengaruhi elektron di dalam telur sehingga menjadikan ia stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.

Heboh di media sosial dan berita akhbar bahawa ramai berjaya mendirikan telur selepas menyeimbangkannya ketika berlaku Gerhana Matahari Cincin semalam (Khamis).

Mungkin mengejut terdapat satu eksperimen dilakukan pada 2015 dan disiarkan di media menunjukkan telur berjaya ditegakkan di atas meja.

Namun, mengejutkan pembuat eksperimen mengatakan, rakaman yang ditonton itu sebenarnya tidak dilakukan ketika gerhana matahari, sebaliknya dirakam beberapa hari sebelum gerhana.

Pembuat ekpserimen mengaku awalnya mereka sengaja berbohong mengaitkan telur “berdiri” dengan gerhana.

Jadi jika anda percaya telur boleh berdiri disebabkan graviti ia mungkin benar setelah anda bersungguh-sungguhnya menjalankan percubaan.

Namun, jika anda berfikir telur berdiri kemudian dikaitkan dengan fenomena gerhana, maka anda harus berfikir banyak kali untuk mengatakan ia benar.

Justeru, ada yang secara pasti mengatakan telur boleh berdiri tegak semasa gerhana hanyalah mitos kerana pada hari-hari biasa juga seseorang masih boleh membuat telur berdiri tegak asalkan sabar mencuba.

Memetik scholastic.com, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Science Education Inc. Dr Harry E. Kellek berkata, ramai menyangka telur boleh diimbangkan pada gerhana berasal daripada pemikiran bahawa ketika Matahari dan Bulan sejajar dengan bumi, tarikan graviti disamakan, oleh itu telur sukar jatuh apabila ditegakkan.

“Ini sememangnya tidak benar,” kata Keller.

“Bahkan ada pengaruh matahari seperti itu, ia hanya berfungsi di satu tempat pada satu waktu, dan tempat itu bergerak dengan kecepatan di permukaan bumi kira-kira 1,000 batu sejam di Khatulistiwa. Anda tidak punya masa untuk mengimbangi telur anda!” ujarnya lagi.

Jadi sesiapa pun boleh mengimbangi telur dalam kedudukan tegak di luar waktu gerhana umpama berdiri dengan dua kaki lebih mudah, berbanding berdiri hanya dengan satu kaki.

Keller mendakwa, tiada perubahan graviti semasa gerhana yang membantu keseimbangan telur. Telur tegak menurutnya dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja, asalkan dia dapat mengambil telur yang betul, melakukan sedikit latihan dan perlu banyak kesabaran.

Suara Sarawak