Yusuf dijumpai selamat

PADAWAN: Seorang lelaki dari Kampung Temurang di sini dijumpai selamat selepas sehari hilang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Tiong Ling Hii berkata Yusuf Abd Ghafor, 52, dijumpai oleh penduduk di Kampung Jabir kira-kira jam 7 malam semalam.

“Mangsa dijumpai selamat namun masih dalam keadaan lemah.

“Dia seterusnya dihantar ke rumah keluarga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yusuf disedari hilang oleh keluarganya ketika mengadakan ‘caroling’ Krismas pada malam Sabtu lalu apabila dia tidak pulang ke rumah selepas keluar tanpa memberitahu keluarga tempat ditujunya.

Lebih membimbangkan keluarganya apabila dia pernah sakit demam panas dan sejak itu sering meracau serta bercakap sendiri.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak