BINTANGOR: Terima kasih Kerajaan Sarawak bantu meringankan beban kami- itu luahan rakyat yang terlibat dalam projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak di kawasan Meradong.

Menurut mereka, usaha dilaksanakan oleh kerajaan memberi manfaat yang amat besar kepada rakyat.

Pendekatan proaktif itu bukan sahaja meringankan beban rakyat malah penduduk terlibat dapat tinggal di kediaman lebih selamat dan selesa.

“Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat kediaman kami dibaik pulih,” kata salah seorang daripada-
nya.

Sehubungan itu, Adun Meradong Datuk Ding Koung Hiing berkata, usaha Kerajaan Sarawak memperkenalkan skim
baik pulih rumah untuk rakyat kurang mampu.

Program bertujuan meringankan beban pemilik rumah dilaksanakan dari semasa ke semasa namun mengikut keperluan dan syarat tertentu.

Katanya, kebajikan rakyat Meradong tidak diabaikan malah usaha yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak amat signifikan dalam membantu golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman yang selesa.

“Program ini sebahagian usaha kerajaan untuk membantu kumpulan sasar.

“Setakat ini, sebanyak 312 rumah di Meradong terlibat dalam program ini,” katanya pada majlis penyerahan projek PPRMS di sini, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, selain PPRMS Kerajaan Sarawak turut memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk manfaat rakyat.

“Oleh kerana itu, rakyat perlu terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan negeri supaya lebih ban-
yak agenda pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan,” jelasnya.