GAJUS sememangnya menjadi kegemaran ramai lebih lagi kalau kacang tersebut dibakar atau dicampur dengan makanan. Tetapi tidak ramai mengetahui manfaat dan khasiat gajus untuk kesihatan yang mempunyai kalori rendah berbanding makanan lain.

Ini disebabkan gajus kaya dengan potasium, protein, mineral dan zink yang sememangnya baik untuk kesihatan.

Berikut manfaat yang kita dapat peroleh daripada gajus seperti:

1. Kurangkan Risiko Penyakit Batu Karang

Amalan memakan gajus pada setiap minggu mampu mengurangkan risiko penyakit batu karang 25 peratus.

2. Tingkatkan Sistem Imunisasi

Gajus kaya dengan kandungan gajus mampu meningkatkan sistem imunisasi yang sangat penting untuk melawan penyakit dan menyembuhkan luka.

3. Tingkatkan Sistem Saraf

Kandungan magnesium dalam gajus mampu mempertingkatkan sistem saraf dengan menghalang kandungan kalsium yang menjadi punca keletihan tubuh badan.

4. Kurangkan Risiko Diabetes

Gajus mempunyai kandungan gula yang sangat rendah dan selamat untuk dimakan bagi pesakit diabetes.

5. Baik Untuk Kesihatan Tulang

Amalan memakan gajus mampu memberi manfaat kepada kesihatan tulang kerana kandungan magnesium dalam gajus sangat tinggi.

6. Tingkatkan Kesihatan Jantung

Kandungan gajus mengandungi asid oleik yang terdapat dalam minyak zaitun mampu meningkatkan kesihatan jantung dan bebas daripada kolesterol. 7. Kesihatan Kulit Dan Rambut Gajus mampu mengekalkan kecantikan kulit dan rambut kerana kandungan enzim dalam gajus baik untuk kesihatan kulit dan rambut.