KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat bagi beberapa kawasan di Sarawak pada jam 2.15 petang tadi.

Antara kawasan yang dijangka berlaku hujan lebat adalah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri, Marudi) dan Limbang.

Hujan lebat dijangka berlaku hari ini (12 Januari) dan akan berlarutan hingga 14 Januari nanti.