Kerajaan Sarawak terus menyokong pendidikan sekolah Cina. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berusaha menambah peruntukan untuk sekolah Cina dari tahun ke tahun.

Permulaan 2014, Kerajaan Sarawak menghulurkan bantuan RM3 juta kepada sekolah aliran Cina kemudian dinaikkan kepada RM4 juta pada 2015 dan RM5 juta pada 2016.

Jumlah bantuan tersebut meningkat kepada RM6 juta ketika Abang Johari menerajui tampuk pimpinan negeri ini pada 2017.

Manakala, pada tahun kedua pentadbiran, Abang Johari menambah peruntukan kepada RM8 juta.

Pada 2019 jumlah bantuan diberi oleh Kerajaan Sarawak kepada sekolah aliran Cina ditambah kepada RM11 juta.

Ini tidak termasuk sumbangan dana untuk projek sekolah aliran Cina ini seperti pembinaan semula SJK Chung Hua Bako.

Pada masa yang sama, Kerajaan Sarawak terus mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi membantu anak Sarawak yang mendapat pendidikan di sekolah Cina, termasuk anak kaum bumiputera.

Abang Johari pada awal pemerintahannya 2017 pernah berkata, “selagi saya Ketua Menteri Sarawak, saya akan menyokong sekolah Cina di Sarawak dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC).”

Pengiktirafan ini sekali gus membolehkan rakyat Sarawak yang memiliki sijil UEC menyertai pekhidmatan awam negeri dan memohon pinjaman Yayasan Sarawak.

Pemegang UEC yang lulus peringkat SPM layak melanjutkan pengajian terus ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Cawangan Sarawak tanpa melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

Abang Johari mengatakan sumbangan kepada sekolah Cina di Sarawak bukan eksklusif untuk masyarakat Cina semata-mata, sebaliknya pelbagai kaum termasuk Bumiputera turut menuntut di sekolah Cina.

Di Sarawak seramai 60% hingga 80% pelajar yang menuntut di sekolah aliran Cina dikenal pasti terdiri daripada Melayu, Dayak dan Bumiputera lain.

Abang Johari juga pernah menceritakan bahawa terdapat pelajar Melayu yang belajar di sekolah aliran Cina di dalam kawasan DUN Satok, merupakan siswazah univerisiti di Guangzhu, China.

Beliau mengimpikan rakyat Sarawak dapat menguasai bahasa Mandarin, selain bahasa Inggeris dan bahasa Melayu