1,458 buah sekolah di Sarawak memulakan sesi persekolahan

KUCHING: Sebanyak 1,458 buah sekolah di Sarawak beroperasi hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), 193 adalah sekolah menengah dan 1265 sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.

Untuk prasekolah, terdapat 16 pertambahan kelas dengan jumlah keseluruhannya sebanyak 1,521 buah kelas diwujudkan di 1,122 buah institusi pendidikan di Sarawak.

Kelas-kelas prasekolah ini merangkumi 1,308 buah kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) termasuk 4 buah di rumah panjang, 183 buah kelas di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), 2 buah kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), 4 buah kelas di Institusi Pendidikan Guru (IPG), 7 buah kelas di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan 4 buah kelas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK).

Suara Sarawak