BINTULU: Khidmat anggota bomba menyelamatkan seorang wanita berusia 26 tahun daripada cubaan bunuh diri dalam kejadian di Taman TUMBINA , di sini, pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Winston Tan berkata, usaha menyelamatkan mangsa dilakukan lapan anggota terbabit sejurus pihaknya menerima panggilan pada jam 11.12 pagi.

Katanya, sebuah jentera, sebuah Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) bersama lapan anggota ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

Kehadiran anggota sejurus menerima panggilan dari orang awam mengenai cubaan membunuh diri seorang wanita di dalam tandas awam di Taman Tumbina, di sini.

“Wanita terbabit duduk di atas mangkuk tandas sambil memegang sebilah pisau berukuran enam inci di sebelah tangan kanan, katanya mengetuai operasi itu sambil menambah , mangsa dipujuk dan ditenangkan anggota bomba, yang kemudiannya, dibawa ke Hospital Bintulu menggunakan Unit EMRS untuk tindakan.

Katanya, motif wanita itu bertindak sedemikian tidak diketahui.