“Modus operandi memakai jam tangan berkenaan sebagai barangan peribadi sebelum dijual di pasaran. Semua jam tangan tidak dibayar cukai itu yang dipercayai masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.”

KUCHING: Sebanyak 405 utas jam tangan mewah dari pelbagai model dan jenama dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, dalam serbuan yang dijalankan ke atas premis menjual jam tangan mewah di dua pusat beli-belah ternama di bandar raya ini.

Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata nilai rampasan itu dianggarkan lebih RM16 juta dengan jumlah cukai sebanyak RM820,607.

“Semua jam tangan ini adalah tidak dibayar cukai, yang dipercayai diseludup masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK),” katanya sebentar tadi. Cerita lanjut esok di Suara Sarawak.