KUCHING: Sebanyak 10 sekolah dan dua klinik terjejas akibat banjir setakat jam 10 pagi ini.

Bagaimanapun, Jurucakap Sektariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Mejar Ismail Mahedin berkata, tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

Katanya, 10 sekolah yang terjejas ialah SK Uma Sambop, Kapit, SK Long Jegan, SK Long Panai, SK Long Ikang, SK Long Teru, SK Long Loyang, SK Kuala Bok, SK Benawa, SK Kuala Tutoh dan SK Sg Bain.

“Kemudahan kesihatan yang terjejas pula masing-masing di bahagian Miri iaitu Klinik Kesihatan Long Teru dan Klinik Kesihatan Ulu Teru.

“Sehubungan itu, paras air kategori amaran dikeluarkan di Sungai Basin, Miri dengan 3.11 meter tetapi menunjukkan trend menurun,” katanya kepada Suara Sarawak sebentar tadi.