KUCHING: Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Christopher Chin kekal mendengar kes saman Kerajaan Sarawak terhadap Petronas.

Christopher mengekalkan keputusan di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak selepas Petronas memintanya mengundur diri daripada mendengar kes saman terbabit pada 14 Januari lalu.

Christopher menolak permohonan Petronas kerana beliau berpendirian tiada unsur bias dalam bidang kehakiman.

Malah, beliau mengarahkan Petronas membayar kos guaman Kerajaan Sarawak sebanyak RM50,000.00