KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka yang berlangsung di kediaman Rodger Chan Siong Boh hari ini.

Ketibaan mereka sekitar jam 2 petang tadi, telah disambut baik oleh ahli keluarga serta pengunjung yang hadir.

Beliau dan isteri juga sempat merakamkan gambar kenangan bersama ahli keluarga Rodger sempena majlis tersebut.

Tetamu yang hadir terdiri dari masyarakat pelbagai kaum dan agama.